Monday, 15 April 2013

Helah Bela Diri

As Salam..
sebenarnya malas nak tulis apa-apa ni. cuba korang fikirkan pernah tak korang rasa cemburu dengan rakan-rakan korang. even dia rapat dengan kita.  itulah yang aku rasa sekarang ni.  mungkin ini hanya perasaan sahaja, tapi kadang-kadang aku merasakan bahawa rakan aku ni terlalu menunjukkan kebaikan yang dia lakukan sehinggakan semua orang memberi pujian terhadap dia.  ok, aku tahu bahawa aku bukan seorang yang terlalu pandai dan bijak berkomunikasi dan bercakap sesuatu dengan terlalu baik sehingga orang lain beranggapan bahawa aku seorang yang tersangat baik. aku bukan orang begitu.  bila mana berada dalam situasi begini, macam-macam perasaan ada. marah, benci dan semuanya ada la. tak tahu kenapa rakan aku ni selalu menunjukkan kelebihan diri dia sehinggalah menampakkan kelemahan diri aku.   aku akui bahawa aku tidak sehebat dia tapi kenapa perlu guna helah bela diri semata-mata untuk memperlihatkan kebaikan diri kepada orang lain.  aku sangat marah dan sedih. perkara ini menyebabkan orang sekeliling aku hanya memandang aku sebagai seorang yang cukup lemah dan rakan aku sebagai seorang yang sangat bijak.

rasanya malas nak tulis panjang-panjang.  semoga rakan aku dirahmati Allah.

Friday, 5 April 2013

Always Being Positive

As Salam..
Berada dalam sesebuah organisasi itu bukan sesuatu yang mudah. Tambahan pula jika kita merupakan orang baru. Begitulah dilema yang aku alami sekarang.  Sekarang ini pun tengah pratikal di salah sebuah organisasi (tak perlu dan mention name kat cney ye). Apa silapnya, salah seorang di tempat tersebut sangat tidak suka dengan aku. Mungkin akibat daripada kesilapan aku sendiri.  Pada mulanya, aku memang terasa sangat dengan layanan yang diberikan.  Setiap hari aku merasakan tidak adil aku di layan begitu.  Tapi Allah maha kuasa. Allah bukakan pintu hati aku untuk sentiasa redha dan berfikiran positif terhadap orang lain. Sekarang, aku dah ok ckit sebab dah tak pike sangat perkara tersebut.  Tak pa, Allah ada bersama aku.