Saturday 22 June 2013

Biskut Raya ^_^

Salam u ols yang tersayang!!!
Ajaib gler kan. Hari ni 2 kali aku update blog. Yelakan.. sementara masih ada mood nie. Kalo mood dah hilang nanti setahun aku tak update. Kang korang jugak yang rindu aku nanti. Hikhik. Ari ini aku nak bagi satu resepi biskut raya yang aku tak pernah try lagi tapi bakal try tok raya ini. Walaupun blum start puasa lagi tapi aku tak kisah, aku nak jugak update pasal biskut raya. hahah.. Ok. Nama biskut ialah Ice Nestum. Nah.. nama pun dah mengiurkan. Hahahah.. yang kat bawah nie pic biskut ini.


Nampak sedap kan. Memang sedap pun. Nak tahu resepi dia. Ok, aku dah sertakan resepi biskut ini. Silakan baca ye.

Bahan
250 g mentega
90g gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu makan vanila
100g nestum (dikisar)
300g tepung gandum

Cara membuatnya :
  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang. Bia dia betul-betul kembang tau. 
  2. Masukkan kuning telur, tepung jagung, tepung gandum, nestum dan vanila. gaul sampai sebati
  3. Bentukkan ikut bentuk yang korang suka. Tapi salunya bentuk bulat je la. ^_^

Topping 

50 ml putih telur
150gm icing sugar
1 sudu tepung jagung.

Pukul putih telur tu sampai kembang
Masukkan icing sugar.. pukul sampai berbuih. 
gaul dgn tepung jagung.. make sure bila diangkat dgn sudu, adunan tak jatuh. 
Kalau korang pernah tengok masterchef selebriti 2 tu mesti korang tahu punya buat benda alah nie. 

Untuk memasaknya :

  1. Selepas biskut diterap menggunakan acuan, susun ke dalam loyang
  2. Pipingkan topping  ke atas biskut menggunakan piping bag.
  3. Lepas tu kalau nak hias bolehlah hias guna coklat paste or apa2 paste pun boleh.
  4. Bakar 40 minit sehingga masak dengan suhu 130 celcius dgn menggunakan api atas dan bawah.

(Resepi ni aku amik daripada blog Eryna Bizkitz. Izin share ye Cik Eryna.) 

Ok, dah tahu buat kan. Apa lagi. Try la. ^_^

Friday 21 June 2013

YEY! MOOD BAHAGIA

Salam u ols !!!
Lama dah aku tak update blog ni. Al-maklumlah buat-buat busy kan padahal aku pun tak tahu apa yang aku busy sangat tu. Lagipun takde mood pulak nak update blog. Nanti lau update masa takde mood nanti tah apa-apa pulak aku tulis. Nanti korang jugak yang tak reti nak baca n faham post aku. Tu yang aku malas tu. Memandangkan time nie aku tiba-tiba pulak ada mood & semangat pulak tu jadi aku update la ckit-ckit ye kekawang. Hihihi.

Aku tengah excited ni. Nak tahu kenapa? Sebab semester ni merupakan semester terakhir aku.  Bayangkan selama 5 tahun aku dok blaja kat cney akhirnya bermula semester terakhir aku. Walaupon dalam excited nie, rasa takut pun ada. Yelakan lepas nie dah tak studi lagi.  Beralih pula ke alam pekerjaan.  Giler aku tak nebes nak tunggu saat tu.  Tapi yelakan semuanya aku harus hadapinya dengan tabah. Ceh.. ayat penyedap ati jerrr. Hahahah..

Satu lagi yang buat aku excited nie ialah tak lama lagi bulan Ramadhan.  Bulan yang sangat dinantikan semua umat Islam.  Bez gler nak hadapi bulan puasa nie. Sebab banyak makanan kat bazar & yang paling penting dapat solat Tarawih lagi. Bez kan?  Lepas tu raya pulak kan. Tak ke itu membahagiakan diri ini. Hahahah..

Aku dah rancang awal-awal lagi nak buat biskut n kek apa tok raya nanti. Macam-macam la dalam perancangan aku nie.  Tapi kan... salunya kalau aku rancang banyak-banyak tu bukannya aku buat pon.  Hampeh betul.  Aku rasa korang pun lebih kurang je ngan aku kan.. Hhahhaha..


Jom senyum!!! Hahahha.

Ok lah.. Nanti aku update lagi ye. ^_^ Tata.. Salam