Saturday 5 October 2013

Alhamdulillah

As Salam.. syukur ke hadrat Ilahi.
hampir 5 thun setengah di sini. Akhirnya sampai ke kemuncak juga. Pembentangan kajian juga telah berjaya dilaksanakan. Mungkin aku bukanlah terbaik tapi yang penting aku dah buat yang terbaik. Bersyukur sangat sebab dapat hadapi hari tersebut dengan sebaik mungkin.

Nie yang nak cerita sikit tentang hari bersejarah dapat hidup aku nie.
Memang pada mulanya masa buat laporan kajian tak yakin langsung dapat siapkan kajian ni dalam masa yang telah ditetapkan.  Bukan apa, terlalu banyak komitmen lain yang aku n rakan-rakan aku perlu hadapi.  Apa yang pasti, banyak perkara yang aku syukuri sejak kebelakangan ni.  Bukan nak cakap aku sebelum ni tak pernah nak bersyukur tapi lepas hadapi semua ni aku dapat rasakan begitu Allah terlalu kasihkan hamba-Nya.

Dua minggu sebelum bentang belum rasa apa-apa pun. Hebat giler aku ni. Hahahhaha.. Tapi bila nak tiba 3 hari sebelum Viva tu mula la nak buat  macam-macam.. hikhihi.  Aku ni orang keenam untuk sesi pertama. Sebenarnya aku tak berapa suka la jadi orang keenam ini. Kalau boleh nak juga rasa jadi orang pertama or kedua.  Bukan apa, azab nak tunggu giliran nak bentang tu tak tahu la aku nak describe mcm mana.  Dari pembentang pertama hingga keempat perasaan gemuruh aku tu macam tak dapat aku nak control.  Bila orang kelima dah mula bentang aku pulak rasa blank.  Huhuhu.. Akhirnya tiba juga la giliran aku.

Syukur sangat. Lepas abiz bentang tu ada sorang kawan aku msj aku cakap, " Ko tenang gila la masa bentang tadi". Aku pun terkejut jugak. Ye la kan. Hanya Allah je tahu perasaan aku time tu. Rasa jantung aku jatuh je. Hahahah.. Apa-apa pun aku sangat bersyukur. Dapat juga hadapi semua nie.


Saturday 13 July 2013

Syukur ^_^

Salam..
Hanya ucapan Alhamdulillah yang mampu aku ucapkan.  Beberapa hari yang lalu aku baru sahaja menyemak keputusan peperiksaan.  Syukur yang teramat sangat. Mungkin result aku tak la sebaik orang lain tapi amat berbangga kerana dapat jugak aku skor tok subjek2 yang aku tak sangkakan.  Bagi aku semester yang lalu adalah semester yang paling mencabar bagi aku. Sebabnya semasa menjalani praktikal air matalah yang menjadi peneman aku.  Betullah kata orang, andai kita bersabar pasti Allah akan turunkan nikmatnya kepada kita.  Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. ^_^

Saturday 22 June 2013

Biskut Raya ^_^

Salam u ols yang tersayang!!!
Ajaib gler kan. Hari ni 2 kali aku update blog. Yelakan.. sementara masih ada mood nie. Kalo mood dah hilang nanti setahun aku tak update. Kang korang jugak yang rindu aku nanti. Hikhik. Ari ini aku nak bagi satu resepi biskut raya yang aku tak pernah try lagi tapi bakal try tok raya ini. Walaupun blum start puasa lagi tapi aku tak kisah, aku nak jugak update pasal biskut raya. hahah.. Ok. Nama biskut ialah Ice Nestum. Nah.. nama pun dah mengiurkan. Hahahah.. yang kat bawah nie pic biskut ini.


Nampak sedap kan. Memang sedap pun. Nak tahu resepi dia. Ok, aku dah sertakan resepi biskut ini. Silakan baca ye.

Bahan
250 g mentega
90g gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu makan vanila
100g nestum (dikisar)
300g tepung gandum

Cara membuatnya :
  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang. Bia dia betul-betul kembang tau. 
  2. Masukkan kuning telur, tepung jagung, tepung gandum, nestum dan vanila. gaul sampai sebati
  3. Bentukkan ikut bentuk yang korang suka. Tapi salunya bentuk bulat je la. ^_^

Topping 

50 ml putih telur
150gm icing sugar
1 sudu tepung jagung.

Pukul putih telur tu sampai kembang
Masukkan icing sugar.. pukul sampai berbuih. 
gaul dgn tepung jagung.. make sure bila diangkat dgn sudu, adunan tak jatuh. 
Kalau korang pernah tengok masterchef selebriti 2 tu mesti korang tahu punya buat benda alah nie. 

Untuk memasaknya :

  1. Selepas biskut diterap menggunakan acuan, susun ke dalam loyang
  2. Pipingkan topping  ke atas biskut menggunakan piping bag.
  3. Lepas tu kalau nak hias bolehlah hias guna coklat paste or apa2 paste pun boleh.
  4. Bakar 40 minit sehingga masak dengan suhu 130 celcius dgn menggunakan api atas dan bawah.

(Resepi ni aku amik daripada blog Eryna Bizkitz. Izin share ye Cik Eryna.) 

Ok, dah tahu buat kan. Apa lagi. Try la. ^_^

Friday 21 June 2013

YEY! MOOD BAHAGIA

Salam u ols !!!
Lama dah aku tak update blog ni. Al-maklumlah buat-buat busy kan padahal aku pun tak tahu apa yang aku busy sangat tu. Lagipun takde mood pulak nak update blog. Nanti lau update masa takde mood nanti tah apa-apa pulak aku tulis. Nanti korang jugak yang tak reti nak baca n faham post aku. Tu yang aku malas tu. Memandangkan time nie aku tiba-tiba pulak ada mood & semangat pulak tu jadi aku update la ckit-ckit ye kekawang. Hihihi.

Aku tengah excited ni. Nak tahu kenapa? Sebab semester ni merupakan semester terakhir aku.  Bayangkan selama 5 tahun aku dok blaja kat cney akhirnya bermula semester terakhir aku. Walaupon dalam excited nie, rasa takut pun ada. Yelakan lepas nie dah tak studi lagi.  Beralih pula ke alam pekerjaan.  Giler aku tak nebes nak tunggu saat tu.  Tapi yelakan semuanya aku harus hadapinya dengan tabah. Ceh.. ayat penyedap ati jerrr. Hahahah..

Satu lagi yang buat aku excited nie ialah tak lama lagi bulan Ramadhan.  Bulan yang sangat dinantikan semua umat Islam.  Bez gler nak hadapi bulan puasa nie. Sebab banyak makanan kat bazar & yang paling penting dapat solat Tarawih lagi. Bez kan?  Lepas tu raya pulak kan. Tak ke itu membahagiakan diri ini. Hahahah..

Aku dah rancang awal-awal lagi nak buat biskut n kek apa tok raya nanti. Macam-macam la dalam perancangan aku nie.  Tapi kan... salunya kalau aku rancang banyak-banyak tu bukannya aku buat pon.  Hampeh betul.  Aku rasa korang pun lebih kurang je ngan aku kan.. Hhahhaha..


Jom senyum!!! Hahahha.

Ok lah.. Nanti aku update lagi ye. ^_^ Tata.. Salam

Monday 15 April 2013

Helah Bela Diri

As Salam..
sebenarnya malas nak tulis apa-apa ni. cuba korang fikirkan pernah tak korang rasa cemburu dengan rakan-rakan korang. even dia rapat dengan kita.  itulah yang aku rasa sekarang ni.  mungkin ini hanya perasaan sahaja, tapi kadang-kadang aku merasakan bahawa rakan aku ni terlalu menunjukkan kebaikan yang dia lakukan sehinggakan semua orang memberi pujian terhadap dia.  ok, aku tahu bahawa aku bukan seorang yang terlalu pandai dan bijak berkomunikasi dan bercakap sesuatu dengan terlalu baik sehingga orang lain beranggapan bahawa aku seorang yang tersangat baik. aku bukan orang begitu.  bila mana berada dalam situasi begini, macam-macam perasaan ada. marah, benci dan semuanya ada la. tak tahu kenapa rakan aku ni selalu menunjukkan kelebihan diri dia sehinggalah menampakkan kelemahan diri aku.   aku akui bahawa aku tidak sehebat dia tapi kenapa perlu guna helah bela diri semata-mata untuk memperlihatkan kebaikan diri kepada orang lain.  aku sangat marah dan sedih. perkara ini menyebabkan orang sekeliling aku hanya memandang aku sebagai seorang yang cukup lemah dan rakan aku sebagai seorang yang sangat bijak.

rasanya malas nak tulis panjang-panjang.  semoga rakan aku dirahmati Allah.

Friday 5 April 2013

Always Being Positive

As Salam..
Berada dalam sesebuah organisasi itu bukan sesuatu yang mudah. Tambahan pula jika kita merupakan orang baru. Begitulah dilema yang aku alami sekarang.  Sekarang ini pun tengah pratikal di salah sebuah organisasi (tak perlu dan mention name kat cney ye). Apa silapnya, salah seorang di tempat tersebut sangat tidak suka dengan aku. Mungkin akibat daripada kesilapan aku sendiri.  Pada mulanya, aku memang terasa sangat dengan layanan yang diberikan.  Setiap hari aku merasakan tidak adil aku di layan begitu.  Tapi Allah maha kuasa. Allah bukakan pintu hati aku untuk sentiasa redha dan berfikiran positif terhadap orang lain. Sekarang, aku dah ok ckit sebab dah tak pike sangat perkara tersebut.  Tak pa, Allah ada bersama aku.

Saturday 9 March 2013

Bersyukur dengan apa yang ada dan redha dengan apa yang tiada

As Salam..
Rasanya dah lama tak update blog. Untuk entry kali ini pun malas nak tulis panjang-panjang cuma sejak akhir-akhir ini rasa tersangat bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang nie. Banyak perkara yang berlaku ke atas diri ini yang membuatkan diri ini sentiasa bermuhasabah diri.  Chewahh.. :) Dalam hidup ini tak semua yang kita inginkan kita akan miliki. Jadi, kita kena belajar untuk bersyukur dengan apa yang kita ada dan redha dengan apa yang kita tiada.

ok la.. sampai sini dulu ye.. tata.. As Salam.. ^_^