Sunday, 16 September 2012

bangun tidur

As Salam Semua,

lama dah tak update blog.. bze je memanjang kan2.. hihih. berkenaan dengan tajuk post kali ini iaitu 'bangun tidur' pasti ramai tertanya apa benda yang nak diceritakan berkenaan dengan bangun tidur ini. ok, sapa yang kat sini memang susah sangat nak bangun pagi angkat tangan!!! hihih.. ha..ha.. dah nampak dah ramai yang angkat tangan ni.. Bagi orang yang tak biasa nak bangun awal2 pagi ini memang susah la nak bangun kan. p bagi orang yang memang dah dilatih untuk bangun pagi yang awal perkara tersebut tidak menjadi masalah untuk mereka.  bagi yang muslim pulak, anda semua mesti bangun awal pagi k.. kan ada kewajiban yang perlu ditunaikan..

Untuk aku sendiri pula, aku memang dah dilatih dari kecil untuk bangun awal.. kalau aku bangun pukul 7 tu dah kira akhir dah tu.. mulalah ayah akan cot cet cot cet ngan kami adik beradik.  mungkin perkara ni juga salah satu daripada didikan dan latihan daripada ibu bapa.. contohnya aku sendiri... ayah memang dah dari kecil didik kami macam tu. sampai sekarang pun dah terbiasa n jarang dapat bangun akhir.. paling lewat pun pukul 7 mcm tu.

Bagi yang muslim pula, memang dah menjadi kewajiban untuk bangun awal.. kan kita kena solat subuh. dalam keluarga aku pula, selalunya bila dah bangun solat subuh, ayah tak galakkan kami untuk tidur lagi.. maksudnya lepas solat subuh tu terus je bangun.. tak pelu tidur lagi.. ayah cakap, pagi2 rezeki murah.  Betul la kan.. kalau kita bangun pun sampai petang alamatnya tinggal semua solat, tinggal semua kerja yang perlu dilakukan, tak ke itu namanya menolak rezeki.  hihih.. tapi mungkin ada juga dalam kalangan kita ini memang dah biasa begitu.. mungkin ada komitmen di waktu malam contohnya kerja shift malam ke n siang terpaksa la ganti tidur kan.. tak pa asalkan solat tak tinggal. Lau nak tidur satu hari tu pun bleh  juga.. tidur je lepas tu bila masuk waktu bangun la kejap, solat dulu den boleh sambung tidur lagi sampaikan masuk waktu yang seterusnya.. ahhahaha.. ok jugak tu.. tak salah kan..

dah alang-alang buat entry ni nak la juga kongsikan tips untuk bangun solat subuh.. lihat pic dibawah..^_^


Korang tafsir la sendiri ye pic ni.. hihi.. untuk perkongsian je.. tapi ada lagi satu tips yang boleh digunakan.. kiranya tips orang lama-lama dulu la.. mak aku cakap lau nak tidur boleh la tepuk2 bantal.. cakap ngan bantal "bantal2 esok aku nak bangun pukul 5.30".  hihih.. tak tahu la betul or tidak ataupun secara kebetulan je.. p salunya jadi jugak.. hihi..

sampai sini je la entry kali ini.. kita jumpa di lain hari.. tata.. As Salam..


No comments:

Post a Comment