Saturday 22 June 2013

Biskut Raya ^_^

Salam u ols yang tersayang!!!
Ajaib gler kan. Hari ni 2 kali aku update blog. Yelakan.. sementara masih ada mood nie. Kalo mood dah hilang nanti setahun aku tak update. Kang korang jugak yang rindu aku nanti. Hikhik. Ari ini aku nak bagi satu resepi biskut raya yang aku tak pernah try lagi tapi bakal try tok raya ini. Walaupun blum start puasa lagi tapi aku tak kisah, aku nak jugak update pasal biskut raya. hahah.. Ok. Nama biskut ialah Ice Nestum. Nah.. nama pun dah mengiurkan. Hahahah.. yang kat bawah nie pic biskut ini.


Nampak sedap kan. Memang sedap pun. Nak tahu resepi dia. Ok, aku dah sertakan resepi biskut ini. Silakan baca ye.

Bahan
250 g mentega
90g gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu makan vanila
100g nestum (dikisar)
300g tepung gandum

Cara membuatnya :
  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang. Bia dia betul-betul kembang tau. 
  2. Masukkan kuning telur, tepung jagung, tepung gandum, nestum dan vanila. gaul sampai sebati
  3. Bentukkan ikut bentuk yang korang suka. Tapi salunya bentuk bulat je la. ^_^

Topping 

50 ml putih telur
150gm icing sugar
1 sudu tepung jagung.

Pukul putih telur tu sampai kembang
Masukkan icing sugar.. pukul sampai berbuih. 
gaul dgn tepung jagung.. make sure bila diangkat dgn sudu, adunan tak jatuh. 
Kalau korang pernah tengok masterchef selebriti 2 tu mesti korang tahu punya buat benda alah nie. 

Untuk memasaknya :

  1. Selepas biskut diterap menggunakan acuan, susun ke dalam loyang
  2. Pipingkan topping  ke atas biskut menggunakan piping bag.
  3. Lepas tu kalau nak hias bolehlah hias guna coklat paste or apa2 paste pun boleh.
  4. Bakar 40 minit sehingga masak dengan suhu 130 celcius dgn menggunakan api atas dan bawah.

(Resepi ni aku amik daripada blog Eryna Bizkitz. Izin share ye Cik Eryna.) 

Ok, dah tahu buat kan. Apa lagi. Try la. ^_^

4 comments:

  1. salam dear..wah..pndai la akak buat kuih rya...
    blh amik resipi ni ya..hehe2..

    jom la ke blog sy plk..
    http://miszfinazrul.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak la pandai sangat dear.. cuba la biskut nie.. sodap.. hikhikhik

      Delete
  2. as salam ..salam perkenalan..tgh2 blogwalking ternampak pulak biskut yg mcm menarik ni..bole try la resepi ni raye ni..

    sudi2 kan la jenguk2 blog saya ye
    joynhoney.blogspot.com.au

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. menarik kan biskut nie.. orite.. nanti i jenguk blog u k.. salam perkenalan.

      Delete