Tuesday, 9 December 2014

InsyaAllah..

As Salam..
N3 kali ni masih lagi kisah perasaan aku ni. Tapi kali ni rasa lebih tekad nak lupakan perasaan sendiri.. Bukan apa, mungkin ini dinamakan jodoh. Walaupun aku cuba sedaya mana sekalipun kalau dia bukan jodoh aku tidak juga akan menjadi. Aku kini lebih memikirkan masa depan. Cuba melupakan sesuatu yang bukan hak aku. Mungkin ini petunjuk dari Allah untuk aku mengundurkan diri. Dalam aku merindui dia, aku tau dia tidak sekalipun memikirkan aku. Aku faham hakikat tersebut. Pedih.. tapi itu hakikatnya. Allah telah beri aku kekuatan untuk terima semua ini. Syukur Alhamdulillah. Aku cuma tidak mahu meletakkan apa2 harapan terhadapnya lagi. Sebab aku tau diaaaa juga cuba menjauhi aku. Dia ada sebab untuk menjauhi aku dan aku faham semua itu. Tidak pernah dalam hati aku untuk mempersalahkan dia dalam setiap rasa terluka aku ini. Sebabnya dia tidak bersalah. Aku sendiri yang memberi harapan kosong sehingga rasa terlalu terluka.. Terlalu ya Allah.. menangis tu memang selalu mungkin sebab rasa ini terlalu kuat untuk dia sampaikan aku tak faham kenapa kuat sangat perasaan aku kepadanya. Tapi tak mengapa yang penting kena yakin dengan takdir Allah. Bila yakin pasti lebih mudah untuk menerima sesuatu hakikat. InsyaAllah.. ALLAH SENTIASA DENGAN KITA SELAGI KITA YAKIN.. DAN AKU AMAT YAKIN DENGAN ALLAH..

No comments:

Post a Comment